disclaimer

Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.

Thursday, November 27, 2014

ISTILAH TABARRU'

Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas. Tabarru’ dalam aplikasi Insurans atau lebih dikenali sebagai Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah.   Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan. Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui.

Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam.  Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang Ikhlas.

Begitu juga kepada para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini, di mana mereka juga bakal mendapat ganjaran Ilahi sebagaimana maksud Hadith:

            "Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya". (Riwayat Muslim)

Jika dilihat dari kacamata Islam, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar melakukan derma Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan amalan ini sangat dipuji di dalam Islam. Terlalu banyak dalil-dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firmanullah s.w.t.:

    * "Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah:254)
    * "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)
    * "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya)." (Surah al-Baqarah: 265)

Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.





No comments:

Post a Comment

DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%

Name:
Email Address:
Tarikh Lahir
Lokasi
Pekerjaan
Status Merokok Merokok
Tidak Merokok
No telefon

Terima Kasih kerana melayari halaman ini.

Translate

Popular Posts

Renung - renungkan

Usah berlengah dengan pelbagai alasan. Jika kehendak dan kemahuan lain mampu kita penuhi kenapa keperluan asas takaful menjadi alasan untuk anda memilikinya. Hubungi saya cikgu Hafiz 0175654668 untuk menjadi peserta takaful

Prubsn Gadai Janji & Takaful Rumahku

Kebaikan Simpanan Di Takaful PruBSN

Anda berhak untuk ambil tahu