Ruangan Soal-Jawab ini diharapkan
dapat membantu anda menjawab pelbagai soalan-soalan yang biasa ditanya
mengenai Produk dan Perkhidmatan yang ditawarkan oleh PruBSN Takaful.
1. Apa dia Takafulink?
1. Apa dia Takafulink?
Merupakan plan takaful berasaskan pelaburan (investment link). Terbahagi kepada 3 komponen utama.
-Perlindungan
-Simpanan
-Perubatan
Ketiga-tiga
komponen ini disatukan dalam satu akaun, membolehkan ianya mempunyai
ciri-ciri komprehensif, fleksible dan memberi pulangan yang lebih
(disebabkan ada elemen pelaburan).
Namun
begitu, akaun ini mempunyai risiko pelaburan (dana pelaburan). Jadi,
anda perlu mengetahui tahap penerimaan risiko anda (risk tolerance),
atas dana-dana yang anda pilih.
Terdapat 3 dana utama
- Dana Ekuiti
- Dana Urus
- Dana Aman
Antara
ketiga-tiga dana di atas, Ekuiti merupakan dana yang aktif dan mampu
memberi pulangan yang lebih tinggi, tetapi risikonya juga agak tinggi.
Diikuti dengan Dana Urus dan akhir sekali Dana Aman.
Anda boleh merujuk harga pasaran dana-dana tersebut di akhbar-akhbar utama setiap hari.
2. Apa dia Takafulink Cerdik?
Mempunyai
ciri-ciri yang sama dengan takafulink dari segi manfaat, akan tetapi
polisi ini khusus untuk simpanan pelajaran anak pada masa akan datang.
Perbezaan utama dalam polisi ini adalah, caruman percuma sekiranya
pembayar (penjaga atau parent) mengidap penyakit kritikal, mati
atau lumpuh kekal keseluruhan. Jadi, sama ada pembayar ada atau tiada,
simpanan untuk anak tetap ada.
Manfaat lain sama dengan Takafulink.
3. Bagaimana cara hendak keluarkan nilai tunai yang ada dalam polisi?
Apabila
nilai tunai telah mencecah RM 4,000, lebihan selepas RM 4,000 itu boleh
dikeluarkan. Caranya adalah dengan kita mengisi borang untuk
pengeluaran di mana-mana pejabat Prudential, dan cek akan disediakan
dalam masa 3 atau 4 hari bekerja.
4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?
4. Adakah pulangan dalam Takafulink ini dijamin keuntungannya?
Pulangan tidak dijamin disebabkan ianya dilaburkan ke Dana Amanah, jadi, harga tertakluk kepada keadaan pasaran semasa.
5. Berapa tempoh matang untuk Takafulink dan Takafulink Cerdik?
Takafulink matang sehingga umur 80 tahun dan Takafulink Cerdik sehingga umur 25 tahun.
6. Apa dokumen yang diperlukan untuk membuka akaun Takafulink?
Salinan
IC dan caruman bulanan pertama. Kemudian anda dikehendaki
menandatangani borang permohohanan dan borang pembayaran caruman secara
automatik (autodebit dari akaun bank). Sekiranya anda membayar
menggunakan credit card, bayaran pertama akan ditolak terus dari credit
card.
7. Apakah cara yang ditawarkan bagi pembayaran caruman bulanan?
- Credit Card
- Autodebit Bank
- Arahan tetap (Standing Instruction)
- Biro Angkasa
No comments:
Post a Comment