disclaimer

Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.

Sunday, April 14, 2013

PELAN TAKAFUL PENDIDIKAN ANAK (PTPA)

Suatu Pelan yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan diberi manfaat kewangan jika ditimpa kemalangan yang dilindungi dibawah pelan berkenaan. Pada masa yang sama anak anda akan mempunyai simpanan pendidikan jangka panjang iaitu DANA PENDIDIKAN. Jika ANDA menyertai PTPA, anda layak memperoleh pelepasan cukai persendirian sehingga maksimum RM 3,0000 setahun bagi gabungan kedua-dua pelan perubatan dan pelan pendidikan.


Konsep Takaful Dalam Pelan Pendidikan Anak

Pada umumnya terdapat konsep utama yang digunakan dalam PTPA. iaitu :

1. Anda mencarum bagi pihak anda anda didalam 2 dana takaful berasingan iaitu Dana Akaun Peserta (AP) manakala sebahagian caruman lagi dimasukkan kedalam dalam yang dinamakan Akaun Khas Peserta (AKP) Dana AP digunakan oleh pengendali Takaful untuk melabur di unit-unit saham atau sekuriti hutang Islam manakala AKP digunakan untuk memenuhi keperluan dan kewajipann anda didalam konsep takaful untuk saling membantu sekiranya ada dikalangan peserta ditimpa musibah seperti sakit kritikal atau kematian mengikut nisbah yang dipersetujui.

2. Dana tunggal.
    Berbeza dengan konsep pertama diatas, konsep Dana Tunggal adalah semua caruman anda akan dilaburkan oleh pengendali takaful dan ditempatkan kedalam akaun Khas Peserta (AKP). Jika ANAK anda hidup sehingga tarikh kematangan pelan, mereka berhak mendapat perlindungan dibawah konsep hibah menurut Syariah ditambah dengan bahagian keuntungan bersih dana, sekiranya ada.


Jenis Perlindungan
Prudential BSN Takaful memberikan perlindungan takaful Pendidikan Anak jenis Takaful Pendidikan Berkaitan Pelaburan. Jenis Takaful ini mempunyai kelebihannya sendiri. Sebahagian daripada caruman anda digunakan untuk membeli unit unit pelaburan yang mematuhi syariah seperti unit ekuiti atau sekuriti hutang Islam. PRUBSN menyediakan juga rider takaful keluarga atau tambahan kepada perlindungan asas untuk anda dan anak anda. ( Maklumat rider tambahan sila hubungi wakil anda 017.565.4668 Mohd Alhafiz Bin Omar )


Manfaat Asas yang dilindungi dibawah pelan takaful Pendidikan Anak
beberapa manfaat daripada Pelan Takaful Pendidikan Anak ( PTPA ) yang dibayar kepada anda adalah seperti yang berikut :
- Apabila matang ( anda boleh pilih pilihan umur 25 tahun, 80@100tahun) dan jika anak anda masih hidup, manfaat akan dibayar bagi semua produk PTPA ialah nilai perlindungan yang dipersetujui dibawah pelan. Pelan PRUBSN yang disertai dengan ciri-ciri berkaitan pelaburan saham, anak anda akan menerima nilai unit-unit pelaburan disamping nilai perlindungan yang ada.

MENARIKNYA Pelan Simpanan PENDIDIKAN ANAK ini ialah, sekiranya anda MENINGGAL DUNIA, SAKIT KRITIKAL atau LUMPUH KEKAL sebelum PTPA matang, caruman pelan tersebut akan dibayar oleh pengendali Takaful bagi pihak anda sehinggalah tarikh kematangan pelan. Pada tarikh kematangan pelan, anak anda berhak menerima amaun yang terkumpul didalam AP, lebihan daripada AKP dan sebahagian daripada pelaburan .

Sekiranya anda anda (selaku peserta pelan atau orang yang dilindungi didalam manfaat pelan  ) meninggal dunia, anda selaku pencarum atau (proposer) akan menerima nilai perlindungan di bawah pelan yang disertai termasuk unit pelaburan yang ada sekiranya ada.


Terma dan Syarat Utama
Adalah mustahak anda memahami terma-terma dan syarat yang digunakan dalam PTPA. Jika anda tidak pasti dengan maksud sesuatu terma, anda boleh hubungi ejen atau wakil anda 017.565.4668 atau pengendali takaful. Oleh sebab sijil pelan adalah kontrak yang sah, maksud yang termaktub didalam sijil tersebut akan diterima pakai semasa tuntutan dibuat.


Sebahagian syarat atau terma penting ialah
1. caruman - caruman atau sumbangan ialah sejumlah wang yang anda bayar secara berkala kepada pengendali takaful. Anda boleh memilih untuk membayar secara bulanan, suku tahunan, setengah tahunan, separuh tahunan dan tahunan.

2 - Tempoh Tanggguh - Anda dibenarkan tempoh tangguh selama 30 hari dari hari yang anda perlu membayar ansuran untuk menjelaskan bayaran ansuran caruman takaful. Jika anda meninggal dunia semasa tempoh tangguh, ansuran caruman takaful yang belum dibayar akan ditolak daripada manfaat takaful anda..

3. tempoh Matang - Lazimnya PTPA matang apabila anak anda mencapai umur 18 hingga 25 tahun.
(PRUBSN tiada tempoh matang bagi pelan PTPA dengan syarat nilai akaun simpanan melebihi 1000


Pengecualian
Lazimnya PTPA tidak melindungi perkara- perkara berikut :
- Cubaan membunuh diri atau mencederakan diri sendiri sama ada dalam keadaan siuman atau tidak siuman
- Jika anda melanggar undang-undang
- Jika anda menyebabkan serangan
- Jika dibawah pengaruh dadah atau alkohol
- jika anda dihidapi AIDS atau HIV
- Penyakit sedia ada.


( Penafian : Penerangan ini adalah berdasarkan kepada insuraninfo.com.my ) Pelan Prudential Pendidikan Anak ialah pelan Smart Link. Sila hubungi wakil anda 017.565.4668 En Mohd Alhafiz Bin Omar.


Hubungi saya sekarang dan dapatkan Pelan Takaful Pendidikan Anak PRUBSN sekarang 017.565.4668

No comments:

Post a Comment

DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%

Name:
Email Address:
Tarikh Lahir
Lokasi
Pekerjaan
Status Merokok Merokok
Tidak Merokok
No telefon

Terima Kasih kerana melayari halaman ini.

Translate

Popular Posts

Renung - renungkan

Usah berlengah dengan pelbagai alasan. Jika kehendak dan kemahuan lain mampu kita penuhi kenapa keperluan asas takaful menjadi alasan untuk anda memilikinya. Hubungi saya cikgu Hafiz 0175654668 untuk menjadi peserta takaful

Prubsn Gadai Janji & Takaful Rumahku

Kebaikan Simpanan Di Takaful PruBSN

Anda berhak untuk ambil tahu