disclaimer
Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.
Sunday, March 19, 2017
KENAPA HIBAH TAKAFUL???
HIBAH mungkin sesuatu yang asing dan jarang didengar berbanding zakat, wakaf, sedekah atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan baharu dalam Islam.
Menurut undang-undang Islam seseorang itu dibenarkan memberi atau menghadiahkan sebahagian atau seluruh harta kekayaannya ketika dia masih hidup kepada orang lain tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan.
Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.
Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.
Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.
Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.
Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.
Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.
Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.
Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.
Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.
Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.
Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.
Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?
Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.
Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.
Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga, terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.
Saturday, June 11, 2016
Thursday, November 27, 2014
ISTILAH TABARRU'
Tabarru’ bolehlah diertikan sebagai suatu bentuk derma Ikhlas yang diberikan oleh satu pihak sahaja dengan tidak meminta pertukaran atau balasan daripada pihak yang lain. Ianya dianggap sebagai amalan terpuji di dalam Islam kerana terlalu banyak manfaat yang bakal diperolehi dengan syarat ianya mesti disertakan dengan niat yang Ikhlas. Tabarru’ dalam aplikasi Insurans atau lebih dikenali sebagai Takaful lebih menjuruskan sumbangan para peserta Takaful di dalam satu Dana Khas di mana dana tersebut berfungsi untuk menyumbangkan bantuan sumbangan kepada mana-mana peserta yang ditimpa musibah. Dalam hal ini, sumbangan Tabarru’ yang telah disumbangkan itu tidak boleh ditarik balik oleh peserta kerana ianya merupakan sumbangan yang telah didermakan. Keunikan Dana Tabarru’ ini ialah ianya berfungsi untuk membantu mana-mana peserta yang ditimpa musibah sebagaimana yang telah dipersetujui.
Dalam aplikasi Takaful, jika sekiranya tidak berlaku tuntutan ke atas perkara yang dilindungi, sumbangan Tabarru’ tersebut berperanan sebagai sumbangan amal jariah yang sangat-sangat istimewa di dalam Islam. Tiada istilah ’wang hangus’ diutarakan kerana ianya wang derma yang bakal diganjari jika disertakan dengan niat yang Ikhlas.
Begitu juga kepada para wakil atau ejen Takaful yang terus menerus mempromosikan konsep Tabarru’ ini, di mana mereka juga bakal mendapat ganjaran Ilahi sebagaimana maksud Hadith:
"Barangsiapa yang menunujukkan sesuatu kebaikan, maka baginya ganjaran sebagaimana ganjaran orang yang mengerjakannya". (Riwayat Muslim)
Jika dilihat dari kacamata Islam, Islam sangat-sangat menggalakkan umatnya agar melakukan derma Ikhlas kerana Allah s.w.t. dan amalan ini sangat dipuji di dalam Islam. Terlalu banyak dalil-dalil yang menyokong perkara ini. Antaranya maksud firmanullah s.w.t.:
* "Wahai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah (dermakanlah) sebahagian dari apa yang telah Kami berikan kepada kamu, sebelum tibanya hari (kiamat) yang tidak ada jual beli padanya dan tidak ada kawan teman (yang memberi manfaat), serta tidak ada pula pertolongan syafaat. Dan orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang zalim." (Surah al-Baqarah:254)
* "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya." (Surah al-Baqarah:261)
* "Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredhaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat, lalu mengeluarkan hasilnya dua kali ganda. Kalau ia tidak ditimpa hujan lebat maka hujan renyai-renyai pun (cukup untuk menyiraminya)." (Surah al-Baqarah: 265)
Kesimpulannya, kita boleh mengaplikasikan konsep Tabarru’ itu melalui penglibatan kita sebagai peserta Takaful. Semoga harta yang kita peruntukkan sebagai sumbangan Takaful itu menjadi hujjah di hadapan Allah kelak sebagai harta yang diredhaiNya.

Tuesday, September 30, 2014
KENAPA TIDAK BOLEH CLAIM
Insurance penipu!!...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya memperkenalkan diri saya, yang saya sebagai agent insurance pada awal pembabitan pada tahun 2003.
Tapi, Alamdulillah, sekarang senario telah berubah sedikit, apabila orang ramai nampaknya semakin positif dan ingin mengambil tahu perihal yang berkaitan dengan insurance atau takaful ini.
Pada pengalaman saya, memang tidak dinafikan ada kejadian di mana client tak boleh nak buat claim dan sebagainya. Dan mereka merasakan ditipu seterusnya hilang terus kepercayaan mereka terhadap insurance/takaful.
Jadi, saya ingin berkongsi kepada pembaca sekalian, terdapat beberapa sebab yang utama, kenapa insurance tidak meluluskan claim yang dibuat oleh client.
Antara Sebab Utama adalah...
1. Policy Lapsed
Policy lapsed ini bermaksud, policy tidak berkuatkuasa akibat daripada tiada bayaran dibuat kepada akaun insurance atau takaful tersebut. Sekiranya perkara ini berlaku, syarikat insurance tidak akan membayar segala claim yang dibuat. Perkara ini semua orang tahu. Jadi, jangan sampai policy kita lapsed, disebabkan tabiat kita yang mengambil mudah keperluan untuk membayar premium pada masa yang telah ditetapkan.
Satu lagi, kalau policy dah lapsed, walau pun kita hidupkan balik, kena tunggu 30 hari grace period semula. Dan kalau le client sakit dan perlukan rawatan (kecuali kemalangan)...pada masa grace period tu, so, memang tak bleh nak claim. Ini memang selalu terjadi terutama kepada client-client yang bayar pakai cash. Mereka mungkin sangka premium untuk bulan tu sudah dibayar, rupany belum dibayar, akhirnya policy lapsed. Bila hidupkan balik, kena tunggu 30 hari baru boleh berkuatkuasa semula. Kan susah kalau jadi apa2 macam tu. Jadi, pastikan jangan sampai policy lapsed.
2. Manfaat tiada didalam jadual policy
Ramai yang beranggapan, apabila mereka ada policy insurance, mereka dengar agent cakap, "Semua Cover"...mereka akan ingat segala musibah akan dicover oleh policy yang mereka beli sedangkan mereka sendiri tidak pernah membaca dan menyemak secara details. Akan tetapi, sebaliknya apabila musibah berlaku, ia tak dilindungi dan syarikat insurance tidak mahu bayar, client terus marah dan menuduh insurance penipu atau agent penipu. Tapi, tanggungjawab client juga untuk mengetahui apa yang ada dalam jadual policy.
Sebagai contoh, rata-rata policy yang dimiliki orang orang ramai sekarang ini terdiri daripada Insurance Hayat termasuklah manfaat penyakit kritikal dan simpanan. Apabila ditanya mengenai Medical Card...mereka dengan penuh yakin, "Saya dah ada"....tapi, apabila diminta untuk menunjukkan medical card, mereka kata, semuanya ada dalam policy. Jadi saya nak beri tips kepada pembaca sekalian. Policy yang ada manfaat medical card, mesti disertakan dengan "MEDICAL CARD" seperti ini :
Jadi, kalau agent kata masuk hospital kita boleh claim BIL HOSPITAL (bukan Hospital Benefit, elaun masuk wad)...minta dia tunjukkan di mana medical cardnya. Kalau tiada medical card, maknanya memang tiada manfaat Medical Card dalam policy anda, dan yang paling menyedihkan, apabila anda mendapatkan rawatan di Hospital Pakar, anda perlu membayar semua bil tersebut dengan sendiri. Tidak boleh claim.
Tidak dinafikan ada policy yang membayar kos rawatan tapi tiada medical card, tapi, anda perlu membayar dulu semua bil hospital tersebut dan kemudian buat claim semula kepada syarikat. Kalau bil 3-4 ribu mungkin kita boleh pakai credit card, kalau dah sampai 30-40 ribu?..berapa keping credit card kita nak pakai?....bayangkan...lepas tu pulak, nak claim kena buat sendiri. Medical report kena dapatkan sendiri, lepas tu pergi ke syarikat insurance, untuk buat claim, lepas seminggu follow up, ada dokumen yang tak lengkap, pegi semula ke syarikat insurance dan dapatkan semula dokumen yang tak lengkap....sanggup ke anda sebagai client buat semua itu. Mungkin sanggup sebab dah keluar duit dan nak claim, ada masa ke?....kalau ada Medical Card, semua perkara tersebut tidak perlu dilakukan, bayaran bil terus ke hospital, dan sampai rumah, anda tunggu sahaja cek Elaun Hospital, Elaun ICU atau Elaun Bedah sekiranya ada pembedahan yang akan dihantar oleh agent. Senang, mudah dan tak pening kepala.
Jadi kesimpulannya, tak de manfaat dalam polisi memang tak boleh nak claim.
3. Pengecualian (Exclusion)
Pengecualian ini terdapat 2 bahagian.
A. Pengecualian Umum (General Exclusion)
Pengecualian yang dikenakan oleh semua orang yang ambil polisi sama ada lelaki, atau perempuan, sihat atau sakit. Contoh, pengecualian tuntutan akibat apa-apa yang berkaitan dengan bersalin, ibu mengandung, keguguran bayi, komplikasi akibat mengandung dan sebagainya...(kecuali polisi tersebut memang ada perlindungan khas seperti Takaful Puteri dari PRUBSN Takaful).
Contoh pengecualian umum : Klik sini. Lihat dibahagian pengecualian.
B. Pengecualian Khusus (Specific Exclusion)
Pengecualian jenis ini adalah dikenakan oleh individu tertentu yang biasanya telah mengidap penyakit tersebut sebelum mengambil polisi insurance/takaful atau dinamakan "Pre-Existing Condition"
Contoh, individu tersebut telah menjalani rawatan membuang ketumbuhan (cyst) pada bahagian tubuh beliau dan apabila beliau mengambil polisi, ada kemungkinan apa-apa penyakit yang berlaku akibat cyst sama ada secara langsung atau tidak, tidak akan dilindungi. Sedangkan, bagi individu yang sihat semasa mereka mengambil polisi dan penyakit itu berlaku selepas daripada polisi berkuatkuasa, ia akan dilindungi.
4. Non-Disclosure
Sekiranya syarikat mendapat tahu yang client pernah sakit atau pernah dapatkan rawatan tetapi tidak dinyatkan didalam borang cadangan (proposal form), syarikat berhak untuk tidak membayar tuntutan anda. Jadi, kita kena declare semua soalan yang ditanya dalam borang cadangan bagi mengelakkan daripada polisi anda dibatalkan atas sebab Non-Disclosure.
5. Waiting period (tempoh menunggu)
Tidak semua manfaat dilindungi sebaik sahaja polisi berkuatkuasa (inforced). Ada yang memerlukan 30 hari, 60 hari dan 120 hari polisi berkuatkuasa, baru manfaat dilindungi. Terutamanya medical card.
Berikut adalah contoh tempoh menunggu bagi Plan Prudential atau Prudential BSN Takaful.
Tips untuk anda. Perkara penting yang anda perlu tahu sekarang nie adalah, waiting period untuk penyakit-penyakit specifik iaitu 120 hari selepas polisi berkuatkuasa.
Senarai penyakit spesifik adalah seperti berikut.
1. Hypertensi, Diabetes Melitus, Penyakit Kardiovaskular
2. Semua jenis tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu dalam sistem kencing atau sistem biliari.
3. Semua jenis penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
4. Hernia (angin pasang), Hemoroid (buasir), fistule, hidrocele dan varicocele
5. Endometriosis termasuk penyakit sistem pembiakan
6. Gangguan spina vertebro (termasuk disk) dan penyakit lutut.
Macam mana perkara ini biasa terjadi, sebabnya, ada kalanya kita ingin mengambil polisi insurance berfikir panjang sehingga berminggu-minggu atau berbulan-bulan. Kemudian, kita ambil polisi, sekali kena penyakit spesifik yang dinyatakan di atas, tak boleh nak claim. Sebab tidak cukup tempoh menunggu. Seterusnya ini akan jadi salah satu punca client marah dan tak percaya kepada insurance/takaful. Sedangkan mereka boleh elakkan perkara ini daripada berlaku dengan bertindak lebih awal. Tapi, kalau dah bertindak lebih awal dan terjadi juga, tak boleh nak buat apa, sekurang-kurangnya kita dah berikan yang terbaik kepada diri kita atau pun keluarga kita.
Jadi, sebagai pemegang polisi anda bukan sahaja perlu tahu apa yang dilindungi, tapi juga apa yang tidak dilindungi.
Saya biasa kongsikan perkara ini kepada client atau prospect saya "Sekiranya kita tidak tahu penyakit tersebut dicover, tiba-tiba ianya berlaku kepada kita, dan insurance/takaful bayar semua kos rawatan, kita marah atau tidak?..tapi, kalau kita tak tau penyakit tersebut tidak dilindungi kemudian ianya berlaku dan tak boleh nak claim, apa perasaan kita?...sekurang-kurangnya kalau kita tahu apa yang tidak dilindungi, kita akan lebih bersedia untuk mencari altenatif lain dah tidak terus mendapatkan rawatan di hospital pakar yang mana kita tahu kosnya adalah sangat tinggi."
credit to Aziz Riadi

PERBANDINGAN TAKAKUL MANA YANG TERBAIK
Bila client start compare, pada saya, ia tak ubah seperti kita buat perbandingan antara APPLE dengan ORANGE....Setiap plan, sure ada kelebihan dan kekurangan masing2, tapi yang paling penting adalah, plan yang diambil tu selari dengan apa yang client perlukan. Terlalu banyak perbandingan, adakalanya menyebabkan client konfius dan akhirnya diorang akan tangguhkan untuk bukak account. So, lama2 sangat tangguh, tetiba tak sempat nak amik, dan dah sakit..siapa yang susah?...
Jadi, saya pun bagitau le pengalaman saya ..." Ramai prospect yang saya
jumpa dan ada yang dah jadi client, memang diorang ada mention pasal ada medical card takaful lain ada yang tak de ko-takaful (saya senyum dan angguk je)...tapi, bila saya ceritakan macam mana plan PruBSN secara keseluruhannya boleh membantu client dapat claim lebih dari 100%....diorang jadi tak kisah pun pasal ko-takaful....berapa banyak claim dah saya buat, Alhamdulillah, semuanya berpuas hati.
Pada saya, kalau orang tu nak compare, simple je, kita buatkan satu analogi macam perlumbaan kereta F1...kenapa diadakan F1?...pandangan saya simple je...semua pembuat kereta boleh claim kereta mereka paling canggih dan paling power....tapi, hakikatnya, kalau nak tau power tak power...masuk berlumba kat trek (F1)..then baru mana satu lebih power dikalangan semua yang power tadi....
Sama jugak medical card atau insurance plan, kalau nak tau...just compare macam nie je...katakan prospect/client tu amik policy 200 sebulan, then dengan pakej yang lebih kurang sama, syarikat lain pulak....lepas tu, create satu senario...contoh : Batu Karang...then, tengok apa yang boleh diclaim, apa yang client akan dapat, dan tengok sendiri mana satu pilhan terbaik anda.
Sekian perkongsian.

Wednesday, April 17, 2013
Terang Lagi Bersuluh. We are No 1. Just not in Malaysia but ASIA.
PRUBSN dinobat sebagai Pengusaha Takaful Terbaik Asia
24 Disember 2012
KUALA LUMPUR - Prudential BSN Takaful Bhd (PruBSN) dinamakan sebagai Pengusaha Takaful Terbaik (Asia) pada Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam 2012 di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif, Azim Mithani, berkata PruBSN memenangi anugerah itu berdasarkan prestasi kewangannya yang kukuh dan inovasi produk.
"Kami terus memberikan tumpuan kepada usaha membina profesionalisme, kepada perkhidmatan pelanggan dan inovasi produk, dan pada masa yang sama meneroka saluran-saluran pengedaran alternatif, serta giat memanfaatkan kemajuan pesat teknologi sebagai pemacu pertumbuhan baharu," katanya.

Beliau berkata anugerah itu merupakan satu pengiktirafan penting bagi PruBSN dalam usahanya untuk menyediakan penyelesaian kewangan dan perlindungan patuh syariah bertaraf dunia bagi semua.
Azim berkata antara inovasi yang dirintis oleh PruBSN dalam industri takaful ialah menjadi yang pertama menawarkan pelan berkaitan pelaburan caruman tetap, merintis pelancaran kad perubatan tanpa tunai dan menyediakan bonus tiada tuntutan ke atas pelan perubatan.
Syarikat itu juga merupakan yang pertama memperkenalkan pelan khusus bagi umat Islam, yang memenuhi tuntutan rohaniah dan perlindungan kewangan.
Dalam tempoh lima tahun selepas penubuhannya, PruBSN telah menguasai 29 peratus agihan pasaran dengan caruman tahunan bersamaan RM231 juta, kata Azim.
Anugerah Perniagaan dan Kewangan Islam yang dianjurkan oleh syarikat penerbitan berpangkalan di Dubai, CPI Financial, itu bertujuan mengiktiraf institusi kewangan Islam berprestasi terbaik di seluruh dunia.
Sejak 2005, acara tahunan itu telah menarik penyertaan global daripada lebih 235 institusi dan produk kewangan di Eropah, Amerika, Afrika, Timur Tengah dan Asia. - Bernama
sumber : Sinar harian 24 Disember 2013 http://www.sinarharian.com.my/bisnes/prubsn-dinobat-sebagai-pengusaha-takaful-terbaik-asia-1.115156
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%
Translate
Popular Posts
-
Bila client start compare, pada saya, ia tak ubah seperti kita buat perbandingan antara APPLE dengan ORANGE ....Setiap plan, sure ada kel...
-
Balu terima insurans RM231,000 WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Mac 2013 Nurul Huda menerima replika cek daripada insurans Prudential BSN. ...
-
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjadi agent Prudential BSN Takaful Berhad sama ada Part Time atau Full Time, disini saya sertaka...
-
Suatu Pelan yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan diberi manf...
-
Pengenalan Saya baru je dapat info pasal OD nie dalam 3-4 bulan lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tap...
-
Perhatian : Artikel yang bakal anda baca di bawah adalah khas untuk mereka yang mahu memastikan Roh mereka tidak tergantung dan juga tid...
-
Bukti claim dan testimonial pemegang polisi yang pernah membuat claim. Testimoni Diri Sendiri. Info Kes : Ligamen Lutut Kanan Koyak Ho...
-
Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya m...
-
Senarai Hospital Panel Prudential BSN Takaful Berhad Johor Medical Specialist Hospital Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, 80100 J...
-
Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan ...