disclaimer
Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.
Sunday, March 19, 2017
KENAPA HIBAH TAKAFUL???
HIBAH mungkin sesuatu yang asing dan jarang didengar berbanding zakat, wakaf, sedekah atau wasiat. Namun, hibah bukanlah instrumen kewangan baharu dalam Islam.
Menurut undang-undang Islam seseorang itu dibenarkan memberi atau menghadiahkan sebahagian atau seluruh harta kekayaannya ketika dia masih hidup kepada orang lain tanpa sebarang paksaan serta mengharapkan sebarang balasan.
Pemberian semasa hidup ini dikenali sebagai 'hibah’ ataupun bermaksud ‘hadiah’. Dalam hukum Islam jumlah harta seseorang yang dapat dihibahkan itu tidak terhad.
Hal ini berbeza dengan pemberian seseorang melalui wasiat yang terbatas pada satu pertiga daripada harta peninggalan dan tidak boleh mewasiatkan harta kepada seseorang waris kecuali dengan persetujuan semua waris yang lain.
Hibah merupakan salah satu langkah yang sesuai digunakan dalam pembahagian harta di kalangan umat Islam iaitu di antara waris dan sesama ahli keluarga.
Hibah telah diguna pakai sebagai konsep tambahan kepada produk-produk takaful yang diamalkan oleh kebanyakan pengendali takaful.
Misalnya melalui produk pelan pendidikan, ibu atau bapa sebagai pembayar caruman (pemberi hibah) dan anaknya merupakan orang yang dilindungi (penerima hibah). Hibah seperti ini diharuskan kerana semua rukun dan syarat dapat dipatuhi.
Selain itu, ada pengendali takaful yang memberikan manfaat dalam bentuk hibah kepada peserta sebagai ganjaran atas kejayaan peperiksaan tertentu yang dicapai oleh peserta.
Hibah jenis ini juga jelas dan adalah tidak bercanggah.
Terdapat juga pelaksanaan hibah menerusi manfaat takaful iaitu waris akan menerima manfaat jika peserta mengalami musibah hingga menyebabkan kematian. Andai kata peserta meninggal dunia, jumlah perlindungan akan dihibahkan kepada waris beliau.
Sebagai contoh, sekiranya seorang suami ingin menghibahkan keseluruhan manfaat takaful kepada isterinya, maka isterinya itu akan mendapat keseluruhan jumlah perlindungan tersebut.
Hal ini kerana penamaan hibah atau pemberian tersebut telah ditentukan ketika peserta masih hidup. Bagi si isteri pula dia menerima manfaat takaful berasaskan konsep hibah bersyarat di mana manfaat tersebut akan diberikan secara terus dan dipindah milik kepadanya setelah suami meninggal dunia dan tidak menjadi sebahagian harta pusaka peserta.
Sebaliknya jika suami yang merupakan peserta melantik isteri sebagai wasi (pemegang amanah), maka tanggungjawab isteri untuk membahagikan wang daripada jumlah perlindungan kepada waris secara faraid.
Bagaimana pula pengagihan harta kepada mereka yang memerlukan tetapi tidak berhak mendapat harta secara faraid ataupun menerusi wasiat?
Sebagai contoh, pemberian harta kepada anak angkat. Pengagihan harta boleh dilakukan melalui pemberian hibah dan mereka akan turut mendapat manfaat daripadanya.
Hibah dapat melancarkan pembahagian harta, merapatkan ikatan persaudaraan dan pertalian kasih sayang dalam masyarakat hari ini.
Sikap saling membantu dan berkasih sayang akan terus terjalin dalam sesebuah keluarga dengan penuh kerukunan walaupun setelah ketiadaan salah seorang ahli keluarga, terutamanya ketua keluarga yang bertanggungjawab menanggung segala keperluan keluarganya.
Subscribe to:
Posts (Atom)
DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%
Translate
Popular Posts
-
Bila client start compare, pada saya, ia tak ubah seperti kita buat perbandingan antara APPLE dengan ORANGE ....Setiap plan, sure ada kel...
-
Balu terima insurans RM231,000 WARTAWAN SINAR HARIAN 21 Mac 2013 Nurul Huda menerima replika cek daripada insurans Prudential BSN. ...
-
Kepada rakan-rakan yang berminat untuk menjadi agent Prudential BSN Takaful Berhad sama ada Part Time atau Full Time, disini saya sertaka...
-
Suatu Pelan yang memberikan perlindungan dan simpanan jangka panjang untuk membiayai pendidikan tinggi anak anda. Anak anda akan diberi manf...
-
Pengenalan Saya baru je dapat info pasal OD nie dalam 3-4 bulan lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tap...
-
Perhatian : Artikel yang bakal anda baca di bawah adalah khas untuk mereka yang mahu memastikan Roh mereka tidak tergantung dan juga tid...
-
Bukti claim dan testimonial pemegang polisi yang pernah membuat claim. Testimoni Diri Sendiri. Info Kes : Ligamen Lutut Kanan Koyak Ho...
-
Insurance penipu!! ...Insurance nak jual punya le bagus, nak claim macam-macam hal. Kenyataan negatif yang sering saya dengar apabila saya m...
-
Senarai Hospital Panel Prudential BSN Takaful Berhad Johor Medical Specialist Hospital Wisma Maria, Jalan Ngee Heng, 80100 J...
-
Takaful adalah satu konsep yang berasaskan prinsip-prinsip berkongsi tanggungjawab, bekerjasama dan saling membantu menjaga kepentingan ...