disclaimer

Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.

Sunday, November 11, 2012

MRTA @ TAKAFULINK

MRTA vs Takafulink


Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.

1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.


Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam


3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.
Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.


Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.


Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.


Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

CREDIT BY Aziz Riadi

Wednesday, November 7, 2012

Ambil Medical Card ketika Sihat

Assalamualaikum, Just nak berkongsi, ada salah seorang dari agent saya update kepada saya, ada seorang client dia, kena buat macam2 requirement (medical check up la, blood test sampai 2 kali la, urine test semua)...lepas tu pulak, questionnaire punya melambak...umur client dalam awal 40-an, kerja syarikat oil and gas dan mempunyai income yang pada saya kalau makan gaji tu mmg sangat besar la, sebab kepakaran dan pengalaman beliau. Asal ceritanya, dulu beliau tak nak pun amik medical card nie sebab comfort dengan company punya (tempat beliau bekerja)....yang cover unlimited. So, agent nie, tak nak paksa2...cuma ada satu soalan agent nie tanya " Encik nak retire berapa tahun lagi?"...client tu pun start berkira2, dalam 12 tahun lagi...and agent pun bertanya "Lepas 12 tahun, company Encik nie cover Encik lagi tak?"...beliau kata "Tidak"...dan dari situ la terbuka hati nak amik medical card. As usual, proses permohonan dibuat, disebabkan beliau pernah mendapatkan rawatan di hospital (pakai medical card company)...sakit sikit2 terus ke panel specialist (Damansara Specialist)...jadi, kena le declare. Kalau tak declare, nanti non-disclosure lagi susah. So, lepas declare, masuk dalam system, keluar le requirement macam2. Requirement Ibrahim Jamari Bila dah keluar macam2 requirement nie, as an agent, macam biasa la, settled kan la satu persatu, dekat 2-3 bulan jugak, ulang alik ke klinik utk check up, amik medical report dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, isteri client ada amik policy jugak, tapi sebab tak de masalah kesihatan, policy dan medical card dah approved dan coverage dah start berjalan dah. And lepas satu persatu requirement di hantar (bukan sesenang terus approved)....keluar le CONDITIONAL ACCEPTANCE LETTER (syarat2 tambahan kepada policy tersebut). So, bila keluar syarat dalam system (saya tengok je saya dah tahu apa dia punya end result"... 1- Loading sebab ada macam2 risiko penyakit yang berkaitan dengan darah (Hypertension, Hep B dan glucose yang akan tak normal)....and pada saya yang ini masih ok lagi, sebab duit kita boleh adjust atau boleh usahakan. 2- Death benefit kena revised, dari RM 10,000 ke 48,000 due to sum assured multiple limitation, (sebab kami proposed dia amik basic sum covered sebab ini adalah policy tambahan yang focus lebih kepada medical)....alamakk...ini mesti declined medical card, kalau tak takkan jadi macam nie punya (based on my experienced).... There......sekali keluar surat Condition Acceptance Letter, confirm le medical card KENA DECLINED.....and kena loading....client pun berat nak amik, sebab tujuan utama apply policy medical card utk dapatkan manfaat medical card, kalau tak dpt medical card lebih baik tak payah... So, moral of the story.. 1- Amik policy medical card ketika masih sihat dan tiada sebarang sejarah masalah kesihatan. 2- Amik ketika masih muda, risiko penyakit kurang 3- Jangan terlalu yakin dengan medical card company, sebab medical card company hanya cover selagi mana kita bekerja di company tersebut. Macam rumah quarters, masa berkhidmat, kita boleh duduk kat quarters, dah tak berkhidmat, kena duduk rumah sendiri. Walau apa pun, mesti kena ada rumah sendiri. And takkan le dah nak retire baru nak beli rumah sendiri. Sure masa tu, rumah dah makin mahal, loan tak boleh amik tinggi, loan tenure pun tak boleh amik panjang....bila bayaran pendek, monthly commitment pulak tinggi...so, kena beli rumah jugak awal2 walau pun duduk quarterskan?...Itu nama dia perancangan. Kalau ramai yang boleh terima idea rumah quarters nie, tapi kenapa tak terfikir benda yang sama jugak applied kepada process nak mulakan perancangan kewangan? So, walau pun ada medical card company, kena stand by jugak medical card sendiri. Sama2 kita pertimbangkan. Akhir kata "MEDICAL INSURANCE NIE, MASA KITA LAYAK AMIK, KITA TAK NAK AMIK, MASA KITA NAK AMIK, ADA KEMUNGKINAN KITA TAK LAYAK NAK AMIK" Jadi fikir2kan bersama sebagai pengajaran. Belajar dari pengalaman orang lain, kalau nak tunggu pengalaman sendiri (kena reject medical card baru nak belajar)...masa tu mungkin terlambat. Apa2 pun, ini semua adalah ikhtiar kita, walau pun ada medical card, belum tentu hidup kita senang kalau sakit, and walau pun tak de medical card, belum tentu hidup kita susah kalau sakit. Jadi, ingat, ini adalah IKHTIAR kita, penentuan kita senang ke susah, adalah hak milik MUTLAK ALLAH S.W.T...semoga kita diberikan rahmat oleh-Nya di dunia dan di Akhirat...Amin.

Credit By Aziz Riadi

DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%

Name:
Email Address:
Tarikh Lahir
Lokasi
Pekerjaan
Status Merokok Merokok
Tidak Merokok
No telefon

Terima Kasih kerana melayari halaman ini.

Translate

Popular Posts

Renung - renungkan

Usah berlengah dengan pelbagai alasan. Jika kehendak dan kemahuan lain mampu kita penuhi kenapa keperluan asas takaful menjadi alasan untuk anda memilikinya. Hubungi saya cikgu Hafiz 0175654668 untuk menjadi peserta takaful

Prubsn Gadai Janji & Takaful Rumahku

Kebaikan Simpanan Di Takaful PruBSN

Anda berhak untuk ambil tahu