disclaimer

Penafian : saya adalah agen di bawah Agensi Muqmeen Group Agency mewakili Prudential BSN Takaful Berhad. Maklumat yang diberikan adalah berdasarkan pengetahuan dan info daripada saya. Ia bukanlah maklumat terma dan syarat lengkap sijil takaful. Sila hubungi terus wakil untuk penjelasan lanjut sekiranya ada sebarang persoalan berkaitan pelan takaful ini.

Sunday, December 9, 2012

KENAPA MUSLIM MESTI PILIH TAKAFUL?

YA ALLAH, AMPUNKAN AKU..

Asskm,.....................
Allah ampunkan aku.!!!
Pukul 3 pagi kami bertolak, macam- macam ayat quran
kami baca dalam kereta...untuk abah. Bila sampai sahaja ,
aku meluru masuk nak tengok Abah....hibanya hati .abah
telah tiada.......terbujur kaku ..air mata tak dapat di tahan
tahan lagi...Abah meninggal mengejut, serangan jantung mengejut.
Hiba sangat , aku lari kelu
ar , nampak gelap masa depan...
Tapi aku syukur abah dah buat rumah, rumah batu , rumah banglo
abah dah gi aji, dah buat umrah....tapi...tapi abah
dah pergi , pergi jauh.....cuma dia tinggal pesan....pesan itu , buat
itu buat ini......aku pasrah.

Sebulan aku asyik mimpikan abah ,,,,abah datang...ajak
gi masjid, abah datang kejut aku bangun subuh., abah
naik kereta aku nak gi solat jumaat,...abah oh abah...
ampunkan dosaku..aku banyak dosa dengan abah....

Bermain di benakku kalau abah beli insuran , mungkin
anak anak dapat 200ribu 300ribu tapi abah mungkin tak tenang ...abah mungkin kena pukul , kena siksa dalam kubur
jika anak anak makan duit haram ...duit dari insuran....
insuran .konvensional...Tapi kalau abah ada takaful kan
ke bagus....bolehlah aku belanjakan 10 ke 20 ribu
buatkan surauke repair masjid ke....buat amal jariah dari
harta abah yang ditinggalkan.....mungkin abah buat wasiat
nak bina masjid ke....anak-anak boleh lah tumpang senang.....tapi
abah manalah faham tentang insuran islam.....apalagi TAKAFUL....Kini semuanya berlalu...abah dah pergi jauh ....Abah pun memang tak de insuran....apalagi takaful ......akulah yang kena belajar, aku mesti kena buat persediaan untuk
anak- anak ku pula....tanpa disedari air mataku menitis lagi...abah oh abah.
Sebagai anak aku redha, Semoga Roh abah dicucuri
rahmat sehingga hari kiamat.

Rgds
Niat untuk membantu kerana istilah TAKAFUL adalah MENDERMA kepada tabung AMANAH untuk membantu muslimin dan muslimat juga membantu diri dan keluarga.
Lindungilah diri ANDA dan KELUARGA dan simpanlah wang anda dijalan yang diredhai ALLAH.
PruBSN Takaful 0175654668 - Cikgu Hafiz

Sunday, November 11, 2012

MRTA @ TAKAFULINK

MRTA vs Takafulink


Perbandingan antara Mortgage Reducing Term Assurance (MRTA) dan Takafulink bagi tujuan perlindungan hartanah anda.....

MRTA Vs Takafulink

Untuk pengetahuan semua MRTA atau Mortgage Reduced Term Assurance merupakan sejenis perlindungan insurance untuk pinjaman rumah. Tujuan individu membeli polisi MRTA tidak lain adalah sebagai perlindungan kewangan terhadap baki pinjaman yang belum dibayar sekiranya berlaku kematian atau hilang upaya kekal keseluruhan atau Total Permanent Disable (TPD) kepada peminjam. Jadi polisi MRTA ini akan membayar baki pinjaman yang terunggak.

Ciri-ciri MRTA adalah seperti berikut.
1. Bayaran lump sum (sekali gus).
2. Biasanya akan dimasukkan didalam loan sekiranya jumlah premium terlalu mahal (bg membolehkan bayaran secara bulanan).
3. Sekiranya premium dimasukkan bersama pinjaman, premium tersebut juga dikenakan faedah oleh pihak bank. Jadi, jumlah premium yang perlu dibayar akan lebih tinggi dari sepatutnya.
4. Tempoh perlindungan sama seperti tempoh pinjaman.
5. Jumlah perlindungan akan berkurangan mengikut pinjaman.
6. Lebih murah berbanding dengan life insurance atau takafulink sekiranya dikira dari sudut jumlah caruman.
7. Tiada nilai tunai.

Bagi mereka yang aktif dalam pelaburan hartanah (jual-beli hartanah), setiap kali kita buat pinjaman kita perlu memohon plan MRTA dan sekiranya kita ingin menjual hartanah tersebut, kita perlu batalkan MRTA tersebut. Dan seterusnya sekiranya kita ingin membeli hartanah lain, kita perlu mengambil sekali lagi MRTA yang lain. Dan sudah tentu pada masa itu umur kita telah meningkat dan menyebabkan premium lebih mahal. Kalau mahal masih ok lagi, tapi kalau dah sakt sampai syarikat insurance/takaful pun dah tak nak amik kita sebagai pemegang polisi. Macam mana?.....Masa tu dah tak de chance nak amik MRTA lagi.

Bagaimana takafulink boleh dijadikan sebagai satu option dalam menggantikan MRTA/MRTT?

Cuba kita lihat ciri-ciri takafulink.

1. Bayaran secara berkala (regular), jadi tidak perlu masukkan bersama pinjaman, dan ini boleh mengelakkan kita daripada dikenakan faedah oleh bank.
2. Jumlah perlindungan sekata sepanjang tempoh caruman atau sehingga umur kita 80 tahun yang mana lebih dahulu.
3. Jumlah perlindungan yang fleksible. Boleh diubah mengikut keperluan perlindungan pinjaman.
4. Jumlah premium yang tetap. Walaupun umur meningkat, premium tetap sama. Ini akan menjimatkan kita dalam jangka masa panjang.
5. Tidak perlu menamatkan polisi sekiranya hartanah yang pinjamannya dilindungi oleh takafulink ingin dijual atau dipindah milik. Dan sekiranya kita ingin membeli hartanah baru, boleh gunakan polisi yang sedia ada untuk menjadi sebagai cagaran bayaran pinjaman sekiranya kita meninggal dunia atau lumpuh kekal keseluruhan.
6. Boleh digandingkan dengan pelbagai manfaat perlindungan lain yang agak penting seperti medical card, elaun hospital, elaun ICU, elaun pembedahan dan sebagainya.
7. Ada nilai tunai dan perkongsian untung hasil dari keuntungan wang caruman yang dilaburkan oleh syarikat.
Bagi tempoh masa yang panjang, cara ini lebih menjimatkan disebabkan kita tidak dikenakan interest atas premium sekiranya premium dimasukkan dalam jumlah pinjaman. Selain dari itu, jumlah peruntukan premium untuk simpanan selepas tahun ke 7 dan seterusnya adalah 100%. Sila rujuk "allocation premium takafulink" di sini.

Biar saya tunjukkan dalam bentuk graf, mungkin lebih membantu.

1. Gambarajah di bawah ini adalah graf pinjaman dengan MRTA. Peminjam meninggal sebelum pinjaman dilunaskan.

MRTA akan bertindak sebagai perlindungan kewangan kepada pinjaman kita. Jumlah perlindungan akan menurun mengikut baki pinjaman kita. Premium perlu dibayar sekaligus dan biasanya bank akan tawarkan pinjaman dan apabila premium tersebut dimasukkan ke dalam pinjaman, ia juga akan dikenakan interest. So, bank akan dapat untung lebih hasil dari interest premium MRTA tersebut.

Sekiranya berlaku kematian, baki pinjaman akan dibayar ke bank dengan menggunakan pampasan MRTA. Pewaris tidak perlu membayar baki pinjaman yang tertunggak selepas kematian peminjam.

2. Pinjaman dilunaskan sehingga habis tempoh meminjam dan tiada kematian berlaku.


Sekiranya tiada kematian berlaku sehingga tempoh akhir pinjaman, duit MRTA tidak akan dipulangkan, dan rumah tersebut menjadi hak milik peminjam


3. Takafulink digunakan untuk menggantikan MRTA.
Berbeza dengan Plan Takafulink, jumlah perlindungan tidak menurun mengikut baki pinjaman. Premium boleh dibayar secara bulanan, dan peminjam tidak perlu mengeluarkan sejumlah wang yang agak besar untuk mengambil plan MRTA dan tidak terdedah dengan interest sekiranya premium MRTA dimasukkan sekali dalam pinjaman.


Sekiranya berlaku kematian, jumlah pampasan akan dibayar mengikut jumlah perlindungan dan boleh digunakan untuk membayar baki pinjaman. Lebihan dari pampasan tersebut boleh digunakan oleh pewaris terutama sekiranya yang ditinggalkan adalah isteri yang tidak bekerja dengan anak2 yang masih kecil. Sudah tentu lebihan pampasan ini amat bermakna bagi mereka.

Selain itu, waris juga dapat jumlah nilai tunai (simpanan) yang ada dalam plan takafulink pada tahun kematian.

4. Sekiranya peminjam hidup dan membayar pinjaman sehingga tamat tempoh pinjaman.


Sekiranya tiada berlaku kematian, jumlah perlindungan tetap sama, dan nilai tunai (simpanan) juga meningkat. Jadi, simpanan tersebut boleh dikekalkan dalam account takafulink sambil mendapat pulangan pelaburan. Lihat graf dibawah.


Atau dikeluarkan untuk mengurangkan baki pinjaman, so, tempoh pinjaman dapat dipendekan. Lihat graf di bawah.

Jadi terpulang kepada anda untuk menentukan apa yang anda nak buat dengan akaun takafulink anda. Ia menawarkan flexibility kepada pemegang polisi bagi memenuhi keperluan perlindungan kewangan mereka.

CREDIT BY Aziz Riadi

Wednesday, November 7, 2012

Ambil Medical Card ketika Sihat

Assalamualaikum, Just nak berkongsi, ada salah seorang dari agent saya update kepada saya, ada seorang client dia, kena buat macam2 requirement (medical check up la, blood test sampai 2 kali la, urine test semua)...lepas tu pulak, questionnaire punya melambak...umur client dalam awal 40-an, kerja syarikat oil and gas dan mempunyai income yang pada saya kalau makan gaji tu mmg sangat besar la, sebab kepakaran dan pengalaman beliau. Asal ceritanya, dulu beliau tak nak pun amik medical card nie sebab comfort dengan company punya (tempat beliau bekerja)....yang cover unlimited. So, agent nie, tak nak paksa2...cuma ada satu soalan agent nie tanya " Encik nak retire berapa tahun lagi?"...client tu pun start berkira2, dalam 12 tahun lagi...and agent pun bertanya "Lepas 12 tahun, company Encik nie cover Encik lagi tak?"...beliau kata "Tidak"...dan dari situ la terbuka hati nak amik medical card. As usual, proses permohonan dibuat, disebabkan beliau pernah mendapatkan rawatan di hospital (pakai medical card company)...sakit sikit2 terus ke panel specialist (Damansara Specialist)...jadi, kena le declare. Kalau tak declare, nanti non-disclosure lagi susah. So, lepas declare, masuk dalam system, keluar le requirement macam2. Requirement Ibrahim Jamari Bila dah keluar macam2 requirement nie, as an agent, macam biasa la, settled kan la satu persatu, dekat 2-3 bulan jugak, ulang alik ke klinik utk check up, amik medical report dan sebagainya. Untuk pengetahuan pembaca, isteri client ada amik policy jugak, tapi sebab tak de masalah kesihatan, policy dan medical card dah approved dan coverage dah start berjalan dah. And lepas satu persatu requirement di hantar (bukan sesenang terus approved)....keluar le CONDITIONAL ACCEPTANCE LETTER (syarat2 tambahan kepada policy tersebut). So, bila keluar syarat dalam system (saya tengok je saya dah tahu apa dia punya end result"... 1- Loading sebab ada macam2 risiko penyakit yang berkaitan dengan darah (Hypertension, Hep B dan glucose yang akan tak normal)....and pada saya yang ini masih ok lagi, sebab duit kita boleh adjust atau boleh usahakan. 2- Death benefit kena revised, dari RM 10,000 ke 48,000 due to sum assured multiple limitation, (sebab kami proposed dia amik basic sum covered sebab ini adalah policy tambahan yang focus lebih kepada medical)....alamakk...ini mesti declined medical card, kalau tak takkan jadi macam nie punya (based on my experienced).... There......sekali keluar surat Condition Acceptance Letter, confirm le medical card KENA DECLINED.....and kena loading....client pun berat nak amik, sebab tujuan utama apply policy medical card utk dapatkan manfaat medical card, kalau tak dpt medical card lebih baik tak payah... So, moral of the story.. 1- Amik policy medical card ketika masih sihat dan tiada sebarang sejarah masalah kesihatan. 2- Amik ketika masih muda, risiko penyakit kurang 3- Jangan terlalu yakin dengan medical card company, sebab medical card company hanya cover selagi mana kita bekerja di company tersebut. Macam rumah quarters, masa berkhidmat, kita boleh duduk kat quarters, dah tak berkhidmat, kena duduk rumah sendiri. Walau apa pun, mesti kena ada rumah sendiri. And takkan le dah nak retire baru nak beli rumah sendiri. Sure masa tu, rumah dah makin mahal, loan tak boleh amik tinggi, loan tenure pun tak boleh amik panjang....bila bayaran pendek, monthly commitment pulak tinggi...so, kena beli rumah jugak awal2 walau pun duduk quarterskan?...Itu nama dia perancangan. Kalau ramai yang boleh terima idea rumah quarters nie, tapi kenapa tak terfikir benda yang sama jugak applied kepada process nak mulakan perancangan kewangan? So, walau pun ada medical card company, kena stand by jugak medical card sendiri. Sama2 kita pertimbangkan. Akhir kata "MEDICAL INSURANCE NIE, MASA KITA LAYAK AMIK, KITA TAK NAK AMIK, MASA KITA NAK AMIK, ADA KEMUNGKINAN KITA TAK LAYAK NAK AMIK" Jadi fikir2kan bersama sebagai pengajaran. Belajar dari pengalaman orang lain, kalau nak tunggu pengalaman sendiri (kena reject medical card baru nak belajar)...masa tu mungkin terlambat. Apa2 pun, ini semua adalah ikhtiar kita, walau pun ada medical card, belum tentu hidup kita senang kalau sakit, and walau pun tak de medical card, belum tentu hidup kita susah kalau sakit. Jadi, ingat, ini adalah IKHTIAR kita, penentuan kita senang ke susah, adalah hak milik MUTLAK ALLAH S.W.T...semoga kita diberikan rahmat oleh-Nya di dunia dan di Akhirat...Amin.

Credit By Aziz Riadi

Sunday, October 21, 2012

Kenapa Perlu Pilih Takaful Pru BSN

kenapa ramai yang sudah menyertai PruBSN Takaful?

  1. Bebas dari tekanan yang bakal dihadapi - jika suatu hari nanti dimasukkan ke dalam wad hospital. Tunjuk sahaja kad perubatan takaful dari prubsn dan hospitalpanel akan selesaikan masalah bil secara online dengan pihak prudential bsn. Nilai minima yang dilindungi adalah RM150000 hingga RM450000.
  2. Simpanan untuk anak anak dan famili tersayang - Bayangkan jika terjadi sesuatu pada kita nanti, sekurangnya pihak Prudential akan membayar sejumlah pampasan kematian kepada famili kita sebanyak yang kita ambil walaupun baru sebulan kita menyertai pelan ini. Tak payah lagi menunggu bertahun tahun untuk menyimpan duit sebanyak itu. Contohnya rm50000. Kita tidak sanggup tinggalkan famili kita susah semasa ketiadaan kita untuk menyara hidup dan membayar bil bil hutang kita. Sanggupkah kita biarkan anak anak kita terbiar begitu saja.
  3. Sumbangan bulanan menjadi percuma - sekiranya pemegang polisi terkena salah satu 36 penyakit kritikal. Prudential akan bayar premium bulanan sehingga tamat polisi. Pembayar tidak perlu bayar lagi tapi masih dapat manfaat seperti sediakala. Pampasan penyakit krtikal juga akan diberikan.
  4. Kos rawatan kemalangan - Jika berlaku kemalangan yang tidak diduga seperti terjatuh tangga, terlanggar sesuatu, terlanggar kereta dan sebagainya, anda boleh pergi kemana-mana klinik untuk buat rawatan dan dapat claim balik harga bayaran klinik tersebut.
  5. Elaun lumayan menggantikan pendapatan - Elaun harian yang besar sehingga RM400 sehari jika masuk hospital dan jika ada pembedahan, elaun pembedahan diberikan mengikut jenis pembedahan.Wang ini dapat membantu anda membiayai ko takaful dan juga menggantikan pendapatan harian anda semasa terlantar di hospital.
  6. Pendapatan Tahunan sekiranya lumpuh dan menghidap 36 penyakit kritikal

Takaful PruBSN Fleksibel

OK.. salam sejahtera...

Ok.. ramai di antara kita atau kita selalu mendengar orang berkata..

" alah.. insurans/takaful ni kalo nak potong sumbangan/caruman cepat jer.. tapi bila nak claim?.. mak aih.. banyaknya prosedur, kena urus sendiri dan makan 2 - 3 bulan jugak"

OK ini beberapa perkara yang tentang cara pembayaran Takaful Prudential BSN yang tidak membebankan peserta...
  1. Bagi yang baru daftar, sekiranya mendaftar selepas 15hb hingga 25hb - caruman bulan kedua ialah PERCUMA. Kenapa?kerana sumbangan/caruman pertama semasa pendaftaran akan di bawa ke bulan hadapan. Sebagai contoh, En. A daftar pada 18hb December, maka sumbangan pertama beliau ialah untuk bulan January, bukan untuk December. Jadi, beliau mendapat perlindungan percuma selama 13 hari.
  2. Tempoh bayaran - sekiranya peserta memilih untuk membayar secara tunai/check, peserta diberikan tempoh 30 hari dalam bulan tersebut.Contohnya sumbangan/caruman untuk bulan February, beliau mempunyai masa dalam tempoh 30 hari untuk membuat bayaran. Kenapa ini penting? kerana sesetengah polisi akan lapse/luput tanpa kita sedari apabila kita terlewat membuat bayaran beberapa hari.Jadi PruBSN memberi anda kelonggaran ini. Pemotongan Bank juga di buat 2 kali.. awal bulan dan akhir bulan.
Takaful Prudential BSN merupakan pengendali takaful/insurans yang terpantas sekali dalam pembayaran claim. Pada Tahun 2007 PruBSN dan Prudential telah membelanjakan untuk semua claim RM 840,000,000.00. Belum ada lagi komplen dari peserta.

Tepuk Dada Tanya Selera - Abu Bakar

RENUNGKAN

Mesti ramai yang teruja dengan perkataan percuma, ya dari segi pulangannya memang percuma cuma dari segi prosesnya ada harga yang perlu kita bayar bukan..?OK, bagaimana saya boleh katakan percuma? ok kita ambil kes di bawah..

Nama : Zainal Abidin
Lelaki , Tidak Merokok dan Pekerjaan Kelas 1

Sumbangan bulanan ialah RM120 + RM30 Takaful Saver

Tahukah anda Rm 30 takaful saver berkenaan boleh memberikan pulangan setimpal dengan bayaran sumbangan RM120 diatas?Cuba lihat gambar dibawah

OK.. dengan jangkaan pulangan 9% setahun (prestasi semasa 30% lebih) .. selepas 30 tahun saudara zainal memabyara sumbangan, jumlah sumbangan beliau ialah berjumlah RM54,000. Tetapi pada masa yang sama, jumlah simpanan yang beliau ada ialah sebanyak RM56,966 . Jadi beliau sebenarnya mendapat perlindungan percuma dan memperolehi keuntungan sebanyak RM2,966 .tetapi mungkin ada dianatara kita akan berfikir, eleh, 30 tahun simpan untung sikit ajer?mmm baik tak payah..kan?

Ok.. jangkaan di atas ialah untuk pulangan 9% setahun..bagaimana kalo purata prestasi dana takaful saver anda ialah 20% setahun sepanjang 30 tahun tersebut? Jadi, sumbangan bulanan beliau tidak la sia, disamping mempunyai simpanan untuk masa tua, beliau juga menikmati manfaat2 yang tiada bandingannya seperti : -

  1. Manfaat kematian - RM40,000
  2. Pampasan Penyakit Kritikal - RM15,000
  3. Kemalangan - RM40,000
  4. AMR - RM2000
  5. Kad perubatan MMC - RM150,000
  6. Elaun Tunai Harian/hospital - RM100 sehari
  7. Elaun ICU - RM100 sehari
  8. Elaun Bedah - RM2500 sekali pembedahan
  9. Elaun lumpuh - RM2000 setahun
  10. Sumbangan percuma sekiranya mengihidap penyakit kritikal..
Jadi?.. saya sendiri tidak melihat dimana kerugiannya kita menyertai pelan takafulink .. Sertai Prudential Takaful BSN sekarang...

BANK? ASB? TAKAFUL? MANA LEBIH BERNILAI TINGGI

ASB vs Bank vs Takafulink

mmm... ini hanyalah ilustrasi... anda pilih..mana lebih baik...

1 - simpan di bank RM200 dapat simpanan + dividen 1-5% sahaja..
2 - simpan di ASB RM200 dapat dividen & bonus dlm 5-10%
3 - Simpan di Unit Amanah RM 200 dapat pulangan pelaburan 15- 30%

dan terakhir: -
RM 200 sebulan di TAKAFULINK? anda dapat : -
1 - pulangan pelaburan sehingga 35% setahun (Takaful Saver)
2 - Perlindungan penyakit kritikal dan Ketidak upayaan
3 - Manfaat Kematian & Kemalangan
4 - Pampasan Sehingga RM3000 setahun sekiranya lumpuh/TPD
5 - Kad Perubatan bernilai RM 150, 000.00
6 - Manfaat Hospital Sehingga RM300 sehari
7 - Manfaat ICU RM 100 sehari
8 - Elaun Bedah Sehingga RM 2500
9 - Pengecualian Sumbangan
10 - Pelepasan Cukai sehingga RM6000
11 - dan macam2 lagi...

Please choose the right plan for u and your family.. Jangan fikirkan mahal, Astro + prepaid + minyak + minum2 boleh plak sampai RM700 - 1000 sebulan..kalo kita sakit dan memerlukan duit sehingga RM35000?.. boleh ka mintak balik sama kedai mamak,disko,astro dan kedai prepaid?... fikirkan boleh...

Mengapa anda perlu pilih Prudential BSN


Kenapa Prudential?

Prudential Holdings Ltd (PHL) adalah penyedia insurans hayat dan pencen yang terunggul di UK. Prudential melalui anak syarikatnya Prudential Assurance Malaysia Berhad (PAMB) sudah bertapak di Malaysia lebih daripada 80 tahun.

Merupakan syarikat insurans yang pertama di Malaysia yang mengeluarkan Kad Perubatan bersama-sama dengan polisi insurans hayat. Pada tahun 2008, telah dipilih sebagai pemenang Anugerah Jenama Paling Di percayai di Malaysia dan Asia oleh Reader's Digest.

Pilih syarikat takaful terbaik

Prudential BSN Takaful adalah hasil usahasama di antara Prudential Holdings Ltd & Bank Simpanan Nasional. Produk-produk yang dihasilkan oleh Prudential BSN Takaful adalah produk yang berlandaskan Syariah. Prudential BSN Takaful telah melancarkan produk Takaful keluarganya yang pertama iaitu Takafulink pada 8 Nov, 2006.

Pelan Takaful ini merupakan pelan yang lengkap, fleksibel dan boleh di sesuaikan mengikut umur dan keperluan individu yang berbeza. Takafulink juga merupakan pelan Takaful Pertama di Malaysia yang menyediakan Kad Perubatan bagi membiayai kos rawatan hospital pakar yang tinggi.

KWSP KURANGKAN CARUMAN 3%?PELUANG MEMPUNYAI PELAN TAKAFUL


Sumber dari laman web www.kwsp.gov.my menyatakan :
”Kadar Caruman KWSP Pekerja Dikurangkan Mulai Gaji Januari 2009
Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menerima manfaat daripada pengurangan caruman bulanan pekerja sebanyak tiga peratus, dari kadar berkanun 11 peratus kepada 8 peratus, berkuatkuasa mulai gaji Januari 2009 untuk tempoh dua tahun.”


Katakan jika anda berumur 35 tahun dan mempunyai pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan, ini bermakna anda mempunyai lebihan tunai sebanyak RM90 sebulan.


Dengan tambahan lagi sebanyak RM60 sebulan, anda boleh menyertai pelan Takaful dengan sumbangan bulanan sebanyak RM150 untuk mendapatkan nilai perlindungan lebih daripada RM50,000 untuk kematian biasa, RM70,000 jika kematian akibat kemalangan dan manfaat perubatan hospital tahunan bernilai RM50,000.


Bayangkan, dengan hanya RM150 sebulan, anda memerlukan selama 333 bulan untuk mendapatkan simpanan berjumlah RM50,000 tetapi hanya melalui pelan sumbangan bulanan melalui Takafulink anda mendapat perlindungan, simpanan dan pelaburan secara serta-merta. Dengan keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu, kita tidak boleh bergantung harap kepada manfaat hospital yang disediakan oleh pihak syarikat semata-mata kerana manfaat ini boleh berkurang atau tidak dapat disediakan mengikut keperluan kita. Jadi…bertindaklah sekarang.

dipetik dr : www.mudahniaga.com

Keperluan Takaful Untuk Kita



Sesungguhnya manusia didlm kerugian; melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Gunakan kesempatan yang masih diberi. Semoga kita tidak akan menyesal.

Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara:
  1. Sihat sebelum Sakit
  2. Muda sebelum Tua
  3. Kaya sebelum Miskin
  4. Lapang sebelum Sempit
  5. Hidup sebelum Mati

Tanya lah pada diri anda sendiri...
  • Apakah yang anda sediakan untuk anak-anak dan keluarga, ketika anda "tiada"?
  • Mahukah bil-bil rawatan dan pembedahan anda di Hospital Swasta ditanggung?
  • Adakah anda terpaksa bekerja apabila sudah bersara, bagaimana dengan hari tua?

Kenapa anda perlu insurans hayat bersama kad perubatan?
  • Memastikan agar keluarga terdekat anda mempunyai wang tunai dan pendapatan selepas kematian anda agar mudah bagi mereka untuk membayar bil, cukai, hutang dan keperluan-keperluan lain.
  • Supaya keluarga terdekat anda dapat terus mengekalkan taraf hidup mereka selepas kematian anda.
  • Agar anak anda mempunyai wang untuk pendidikannya.
  • Supaya anda mempunyai pelan tabungan untuk masa hadapan agar apabila bersara, anda akan mempunyai punca pendapatan berterusan.
  • Agar anda mempunyai pendapatan sampingan apabila pendapatan anda berkurangan berikutan penyakit yang serius, lumpuh sepenuhnya atau kemalangan.
  • Kemudahan Kad Perubatan untuk membayar bil hospital anda dari RM 150k – 450k 

Saturday, October 20, 2012

Replacement Income

Apa itu Replacement Of Income atau ROI ?

Dipermudahkan konsep ROI ialah gantikan pendapatan anda. Apapun pekerjaan anda sekarang pasti semuanya ada income cuma bezanya besar atau kecil. Yang pasti dan hakikat Income yang besar sudah tentu orang yang menjalankan perniagaan sendiri. Income (duit ) tidak datang dari depan atau belakang, tidak turun dari langit dan tidak keluar daripada perut bumi, semua orang berusaha dan bekerja untuk mendapatkan duit. Bila bekerja dan berusaha duduk sahaja dirumah boleh ke? Sure tidak, anda perlu keluar daripada rumah untuk bekerja dan berusaha. Bila keluar , anda pasti guna kenderaan, melalui jalan, menghadapi rintangan, dugaan dan pelbagai cabaran. Pelbagai cabaran dan dugaan serta risiko-risiko tersebut kita lalui dengan hati yang tabah dna penuh berhati-hati. Kita boleh tentukan apa kita nak buat, kemana kita nak pergi dan bila masanya kita bertindak. Namun perkara yang kita tidak boleh elak dan hidu adalah nasib dan berapa lama kita masih boleh menggunakan nikmat yang Allah berikan iaitu nyawa dan nikmat pancaindera yang 5.
Apakah jaminan keselamatan diri anda? Andai suatu hari kita tidak boleh bekerja disebabkan masalah kesihatan dimana income kita ketika itu? Apa nak makan? Jika tidak bekerja tiada income dan pasti simpanan sudah mustahil sekali.
Disinilah peranan takaful dan ketika ini manfaat takaful ini sangat berguna ketika kita ditimpa musibah.

Pilih tempat simpanan masa depan anda dan keluarga di Takaful

Berapa RM yang anda simpan sebulan di bank atau di pelaburan yang selamat di ASB contohnya?? Berapa lama anda mampu menyimpan? dan sampai bila anda boleh menyimpan? Semasa masih mampu bekerja dan ada pendapatan pasti boleh menyimpan tetapi bagaimana jika ditakdirkan suatu masa kita tidak dapat bekerja, Total Permananet Disablity (TPD) sakit kritikal? Pada ketika itu bolehkah lagi anda menyimpan? Sudah pasti simpanan anda setakat itu sahaja, Ketahui bagaimana simpanan anda disimpan oleh takaful apabila kita ditimpa sakit kritikal, lumpuh kekal atau apabila ketiadaan kita, takaful menyimpan secara berterusan untuk pendidikan anak kita. Hubungi saya untuk makluman lanjut.
www.takafulbsn4u.blogspot.com

Monday, October 8, 2012

OverDraft


Pengenalan

Saya baru je dapat info pasal OD nie dalam 3-4 bulan lepas. Oleh kerana sibuk dengan urusan kerja, tak amik port sangat, tapi bila ada masa free2 tu, saya baca balik thread pasal OD nie, terus ternampak jalan (Allah tunjukkan jalan).

Mungkin ramai orang kat luar sana yang expert pasal OD nie, saya baru je nak buat. Tapi, saya dah pun buat langkah pertama. Sebab pada saya, kalau setakat belajar teori saja, memang boleh, tapi kalau kita buat secara praktikal, kita lebih faham dan akan ingat.

Apa yang saya faham pasal OD?

Saya faham OD nie merupakan satu facilities yang ada ditawarkan oleh bank untuk kita buat pengeluaran lebih dari jumlah duit yang kita ada dalam account. So, lebih kurang loan la. Tapi dari segi interest charges dia berdasarkan BLR and gunakan konsep "daily rest" (caj hari-hari). Kalau kita tak guna duit dalam OD nie, tiada sebarang caj dikenakan. So, kalau kita nak pakai duit urgent, boleh le kuarkan duit OD nie, lepas tu bayar le balik. Tapi, lately nie saya jumpa banyak blog and forum yang bincang pasal OD nie, and saya dapat info banyak yang kita boleh manipulate kemudahan OD ni untuk langsaikan hutang credit card kita, buat insvestment property dan sebagainya.

Mengenai interest OD nie, lebih rendah berbanding dengan credit card (18% p.a). So, kalau kita guna OD utk membeli barang2 yang biasa kita pakai credit card (easy payment) dan sebagainya, kita boleh jimatkan duit kita daripada membayar interest kad kredit yang tinggi kepada bank.
Saya faham benda nie pun lepas masuk banyak forum dan blog2.

Tapi, macam mana nak mula?

p/s: Seribu langkah bermula dengan langkah pertama.

1- Pakai Pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD.

Dari post2 dalam forum yang saya baca, rata-rata semua gunakan pelaburan ASB sebagai cagaran untuk bukak akaun OD ni. Ada jugak yang cagarkan rumah yang dah habih bayar. Tapi, kalau yang muda2 nie, mana ada rumah dah habih bayar. Semua masih under loan lagi.

So, apa yang saya buat adalah, tukar kan ASB (dalam bentuk buku pelaburan ke sijil). So, caranya amat mudah. Bawa buku pelaburan ASB ke PNB, (HQ atau mana2 cawangan). Kalau saya hari tu saya pergi ke cawangan Shah Alam. Tak ramai orang. Sekejap je dah siap.

So, sampai je, lengkapkan borang "Penukaran Bentuk Buku ke Sijil" mcm kat bawah nie.

Ok, lepas lengkap, pegi kaunter dan diorang akan tukarkan pelaburan kita dalam bentuk sijil ASB mcm nie.
So, lepas tu, bawak sijil nie, bersama dengan photocopy IC, slip gaji sebulan ke bank yang kita nak apply account OD. Mcm saya, saya try tanya kat Maybank (sbb senang nak manage maybank2u dan dah ada current account serta commission masuk account nie) atau RHB ( yang nie proses fee murah sikit).

Ok, minggu lepas 3/11/2008, Maybank call saya, staff bank tu cakap, akaun OD saya dah approved dan ready untuk sign letter offer. So, apa lagi, bergegas le ke Maybank Ampang Park. So, dah settle semuanya, dapat le surat macam kat bawah nie.
So, kemudiannya staff maybank tu suruh saya tunggu dalam masa 2-3 minggu untuk bank readykan amount OD tu dalam current account saya. Tapi, saya check dalam account maybank saya, dalam seminggu selepas saya signed letter offer tu, saya tengok balance dalam account dah bertambah ikut amount OD yang saya apply. So, maknanya, OD dah boleh pakai......
Penggunaan OD
1. OD untuk settlekan credit card.
Ini merupakan tujuan utama saya apply OD, untuk gantikan penggunaan credit card. Sebab siapa yang tak tau interest credit card?...18% per annum. Amik kou.....so, bayangkan kalau dengan OD BLR+0% daily rest monthly compounded. So, sekarang nie BLR 6.75%, berapa banyak jimat interest tu berbanding credit card.
Sebagai contoh, credit card saya ada hutang RM 5,000. So saya keluarkan RM 5,000 dalam account OD saya untuk settlekan hutang credit card. Bila account OD saya dah berkurang, saya kena interest OD (BLR+0% daily rest), tapi oleh kerana saya nie agent insurance (komisen masuk 2 minggu sekali, bila komisen masuk je, saya terus pindahkan ke account OD, so account OD saya pernuh balik. Tak kena interest beb. Lepas tu, kalau saya nak pakai duit untuk bayar bill atau perbelanjaan lain, saya keluarkan duit tu sikit demi sedikit. Then dalam masa 2 minggu lepas tu, masuk commission lagi, saya pindahkan dalam account OD. Jadi, interest yang saya kena bayar teramatlah kurang compare dengan credit card.
Tapi kena ingat, kita dah tak bayar credit card kan?..(sepatutnya kena bayar kalau kita tak guna duit OD)...so, duit untuk bayar credit card tu, masukkan dalam dalam ASB, tambah duit dalam ASB dan kalau dah cukup amount utk convert jadi OD, saya akan convert lagi.
So, itu je dulu sedikit info OD yang saya dah amalkan untuk settlekan credit card.
2. OD untuk pelaburan hartanah
Penat le bersaya awak nie. Now pakai aku-kou je lah. ....:D
- Untuk modal beli rumah lelong
Yang nie, ada banyak perkara kena consider, bukan terus redah. Aku sendiri menuntut dengan geng2 hartanah nie.... http://www.bicarajutawan.com/, http://www.pie2020.com/ dekat 6 bulan. Baru aku faham dan start buat.
Tips : Cari umah lelong yang below market price (and cuba nasib utk bid). Make sure study dulu lokasi dan keadaan rumah serta persekitarannya, adakah ianya sesuai untuk disewakan. Dan berapa rate sewa kat area situ. Kena buat home work sikit. Then, gunakan duit OD nie, utk bid.
Secara konsepnya...kita biasa dapat harga umah lelong below market price, kalau lebih..(rugi and kena menuntut lagi)...then, bila kita nak buat loan, loan ikut market price, of course ada margin loan kat situ. Tapi, sure korang akan terfikir, siapa yang nak bayar loan tu pulak, sebab kita buat loan baru. Sebab tu, aku cakap, perlu survey dulu, bukan main belasah je amik umah lelong, sekali tak sedar, umah kat Bukit Beruntung....masak le korang.
Jadi, bila kawasan yang tenant ramai nak sewa, duit sewa tu cover duit loan. And tenant akan bayarkan loan kita. Lepas tu pulak, ingat tak tadi , kita buat loan ikut market price...so, ada lebihan cash...apa lagi...-> ASB-OD kan lagi (top-up) sampai le ASB dah penuh. Kalau penuh, sumbat pulak kat ASW, utk buat investment rumah ke-2 dan seterusnya....
Ini yang aku buat. So, so far on track la....you all boleh cari info kat internet pasal jutawan hartanah muda2 lagi. Bermula dengan account OD-ASB ni la...
Mohd Alhafiz Omar
Prudential BSN Takaful Berhad
H/P : 017-5654668
Email :
alhafizprupartner@gmail.com

credict by azizriadi

Sunday, October 7, 2012

BUAT PILIHAN TAKAFUL YANG BETUL

Insuran/takaful mana yang terbaik?

Untuk menjawab persoalan ini, anda JANGAN tanya pada ejen kerana jawapan mereka akan bias kepada produk mereka sendiri. Anda pernah baca Readers Digest? kat situ ada award yang dimenangi oleh syarikat insuran/takaful. so itulah yang terbaik...

Seperti kami di Prudential, kami memenangi award TRUSTED BRAND untuk insuran dan takaful untuk tahun 2008, 2009, 2010 dan terbaru tahun 2011. TRUSTED BRAND tu untuk di MALAYSIA dan ASIA. So, bukan sahaja di negara ini, malahan di seluruh Asia.

Buktinya, tahun 2010 kami memperoleh rm1.02bilion new bisnes sales. membuktikan kami mendapat kepercayaaan di seluruh negara/asia. syarikat lain? ada yang capai rm1bilion, tetapi untuk 5tahun new bisnes sales. syarikat mana yang menjadi pilihan anda? yang besar/kecil?

Berkenaan Produk Takaful, kami di Prudential BSN Takaful mengeluarkan kad perubatan kami sendiri yang bernilai antara rm500,000 sehingga rm1.5juta untuk membayar bil hospital pakar di seluruh negara secara online, untuk SEMUA jenis penyakit. Ini bermakna jika diperhatikan pada kad perubatan kami tiada nama syarikat pengeluar kad perubatan yang lain seperti Medijaring, AsiaAssistant, MedicCare dll selain HANYA ada tertera Prudential BSN Takaful sahaja. Jadi segala tuntutan terhadap bil perubatan adalah dituntut terhadap Prudential BSN Takaful, BUKANNYA PIHAK KETIGA.

Selain dari pembayaran bil hospital, kami menawarkan manfaat ELAUN hospital sehingga RM400 sehari, ELAUN pembedahan sehingga rm12500 setiap kali pembedahan, ELAUN unit rawatan rapi (ICU) sehingga rm400 sehari dan ELAUN cuti sakit akubat kemalangan sehinggan rm400 seminggu.

Kami juga membayar bil untuk rawatan pesakit luar, termasuk rawatan dialilis buah pinggang dan rawatan kanser mengikut HAD TAHUNAN bukannya ada had seperti yang ditawarkan oleh syarikat lain.

Persoalan utama untuk anda, KENAPA ANDA INGIN MEMBELI POLISI INSURAN/TAKAFUL? ADAKAH POLISI YANG ANDA AMBIL ITU BOLEH MEMBANTU ANDA KETIKA ANDA DITIMPA KESUSAHAN SEPERTI BIL RAWATAN HOSPITAL SEHINGGA RM50000? INSURAN/TAKAFUL YANG BAGAIMANA YANG BOLEH MEMBANTU ANDA BILA ANDA MEMERLUKAN?

BAJET? BERGANTUNG KEPADA PENDAPATAN ANDA @ BERAPA BANYAK JUMLAH PERLINDUNGAN DAN KAD PERUBATAN YANG ANDA PERLUKAN.

UNTUK BANTUAN NASIHAT, BOLEH HUBUNGI SAYA.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

P/S: Untuk quotation, saya perlukan nama, tarikh lahir, status merokok dan pekerjaan anda.
Mohd Alhafiz Bin Omar
PruBSN Takaful Wealth Planner
Prudential BSN Takaful Berhad
alhafizprupartner@gmail.com
017-5654668

Friday, October 5, 2012

SELESAIKAN HUTANG DENGAN TAKAFUL

Perhatian : Artikel yang bakal anda baca di bawah adalah khas untuk mereka yang mahu memastikan Roh mereka tidak tergantung dan juga tidak mahu meninggalkan bebanan hutang kepada keluarga yang ditinggalkan.
Dalam keadaan dunia yang senantiasa dipaliti transaksi hutang, kita semua memang tak dapat lari le dari turut terlibat sama. Hutang kain baju ( ini macam kat kampung-kampung), hutang kad kredit, hutang pinjaman pelajaran ( tak kisah la MARA ke, PTPTN ke atau yang sewaktu dengannya ), hutang kereta, hutang rumah, hutang perniagaan, hutang persendirian, hutang nak berkahwin, hutang nak beli barang perabot, hutang gajet dan lain-lain hutang. Tersilap langkah je, jadilah kita ni hamba hutang. Tak melampau kalau saya ringkaskan Bank diwujudkan bukan bermotifkan keuntungan sebaliknya yang berlambak hari ini dilahirkan bermotifkan melahirkan hamba zaman moden.Perumpamaan hidup berhutang . Pernah tak anda berlari-lari turun bukit? Padang tu banyak sangat temucut. Sekali melangkah , berpuluh-puluh temucut hinggap di seluar. Lagi banyak melangkah, lagi banyak temucut yang melekat ( zaman kecik-kecik dulu, cabut temucut di seluar track suit tu dengan pisau je ). Ini perumpamaan bagaimana hutang semakin hari semakin melekat pada kita le. Senang cakap, banyak sangat hutang. Nak berhutang pun mudah. Jadi tak susah nak terlibat dengan hutang.
 
Apabila tiba waktu untuk melangsaikan hutang, masing-masing dengan cara tersendiri. Ada yang buat bayaran ansuran. Bagi yang amaun hutang tu kecik atau Income besar, memang mudah sangat nak diselesaikan sekaligus. Tapi kalau dah main hutang RM10K dan ke atas, itu yang makan masa lama sangat nak setel. Hutang kereta 7 tahun. Hutang PTPTN entah berapa tahun. Boleh jadi 10 Tahun. Hutang peribadi ( personal loan ) RM100 ribu, setelkan 20 tahun. Hutang rumah, 30 tahun. Hutang kad kredit, tak tau nak setel bila sebab asyik bayar minimum amaun hutang je. Mana kepala tak pening. Antara ketakutan yang pernah Baginda rasul junjungan kita pernah katakan, ialah tentang hutang. Orang yang berhutang, hidupnya tak aman. Tak seaman mereka-mereka yang takde hutang. Hati tenang. Macam orang zaman-zaman dulu.
Lebih sadis, hutang yang nak disetelkan secara ansurans tu tak dapat nak dilaksanakan. Bukan alasan takde pendapatan. Tapi sebab hilang pekerjaan akibat sakit. Haaa..memang ralat sangat-sangat. Tup-tup jatuh sakit. Tak kisah sakit hati ke, sakit badan ke atau apa-apa sakit dengkian orang. Akhirnya terpaksa berubat dan ambil cuti panjang. Mana ada majikan nak kekalkan orang-orang yang selalu ambil cuti sakit ni selamanya. Natijahnya kena buang kerja. Ooooohhh…kasihan..Masa tu, kerja takde, income pun takde, mana nak cari duit untuk hidup. Sudah tentu hutang terus tertunggak. Hutang membukit. Apabila amaun bunga hutang ( untuk konvensional, guna interest atau kadar bunga ) berbukit-bukit mencecah RM30,000 . Sampailah satu surat ke rumah. Tuan/ Puan sila hadirkan diri ke mahkamah. Status tuan/puan adalah MUFLIS. Hurm…..Apabila dah muflis, akaun bank kena beku. Harta-harta kena sita. Susah nak dapat kerja melainkan kerja sendiri. Sudah la jatuh tangga, dihempap sekali tangga pula. Lepas tu tiang tangga dan pintu rumah sekali hempap diri sama-sama.
Itupun mujur kita masih hidup. Jadi bebanan hutang masih boleh ditanggung diri seorang. Kalaupun yang sudah berkeluarga, boleh lagi cari jalan penyelesaian bersama. Cara paling mudah zaman sekarang bila ada berlaku masalah kewangan rumahtangga ialah BERCERAI. Haaaa…terselamat pasangan dan anak-anak.Katakan si penghutang tu meninggal sebelum hutang dijelaskan, parah. Memang parah sekali. Sebabnya setiap pinjaman yang dibuat tanpa perlindungan Insurans yang secukupnya dan sebetulnya, memang nahas le ahli keluarga yang lain. Nak kena tanggung bebanan pula. Jangan sampai rumah yang kita sangkakan aset terpaksa digadaikan. Kereta yang kita fikirkan aset juga terpaksa dijual. Semata-mata mahu menjelaskan hutang. Hidup dalam keadaan susah, mati pula menyusahkan. Nauzubillah min zalik. Taknak le kita semua jadi macam tu. Minta dijauhkan tuhan.
Justeru, kita harus bersedia dari sekarang. Setiap hutang yang kita ambil, harus dipastikan boleh diselesaikan. Tak kira la waktu kita sakit ke, waktu takde pekerjaan ke atau mati sekalipun. Selain dari berkerja keras melangsaikan hutang, kepilkan setiap hutang kita tu dengan takaful. Supaya kelak apabila berlaku sesuatu diluar jangkaan kita, kita masih bernasib baik kerana hutang tersebut boleh diselesaikan dan tidak pula menyusahkan orang yang ditinggalkan.
PruBSN Crisis Cover.
PruBSN Crisis Cover adalah salah satu produk takaful yang ditawarkan oleh syarikat Prudential BSN takaful Bhd. Dikawal sepenuhnya oleh panel syariah syarikat dan mendapat kelulusan panel syariah BNM, produk ini sangat bersesuaian dengan mereka-mereka yang ingin melindungi setiap gadaijanji ( Mortgage ) yang dibuat dengan caruman yang berpatutan.
   
Sebagai contoh, katakan Ali membuat pinjaman peribadi sebanyak RM100,000 untuk tempoh 20 tahun. Dengan caruman serendah RM42 sebulan, Ali telah mempersiapkan dirinya untuk sebarang musibah diluar jangkaan beliau. Memang ada insurans/takaful yang disediakan sekali oleh pihak Bank semasa membuat pinjaman, tetapi rata-rata kebaynakan pihak bank hanya membuat tawaran pampasan untuk kes-kes kematian dan lumpuh kekal sahaja. Tidak untuk kes-kes yang melibatkan penyakit kritikal… Penyakit kritikal ni macam serangan jantung (popular sekarang dikalangan mereka yang berusai 45 ke atas ), kanser ( setiap tahun 1 dari 4 orang berisiko menghidap kanser ), strok ( geng-geng merokok berhati-hati ) dan banyak lagi.
Antara kelebihan lain PruBSN Crisis Cover ini ialah produk ini mempunyai nilai simpanan. Pada akhir setiap tempoh matang yang dipersetujui, sejumlah amaun akan diberikan sebagai bonus. Kalau ambil MRTA atau insuran apa sahaja diluar sana untuk cover hutang, memang takde benda ni. Beza sekali dong…hehehe
Bukan itu sahaja. Katakan anda membuat pinjaman dan mengambil insurans yang disertakan sekali untuk pinjaman tersebut. Amaun pampasan yang di ambil berkadaran lansung dengan jumlah yang dipinjam. Semakin banyak amaun hutang yang telah anda langsaikan, semakin sedikit jumlah hutang anda. Dan…semakin sedikit jugak le amaun pampasan yang tinggal. Sebaliknya, PruBSN Crisis Cover tetap menawarkan amaun pampasan yang sama. Tidak berubah walaupun hutang anda semakin berkurangan. Tak faham? Yang ini memang susah dan berbelit sikit. Cuba baca sekali lau. Kemudian berlalu-lau :) Kalau tak juga, memang kena hubungi saya untuk bantuan talihayat.
Justeru, sekiranya anda ingin menambah hutang atau telah pun mempunyai hutang, ayuh kepilkan hutang-hutang tadi dengan takaful. Malang memang tidak berbau. Seandainya kita telah bersedia lebih awal, kemudaratan malang tersebut dapat diringankan.

Tuesday, October 2, 2012

Wealth Creation, Accumulation, Protection & Distribution

1- Wealth Creation

Rata-rata antara kita bermula daripada sifar (tiada kekayaan)....dan yang bernasib baik mungkin ada antara kita yang memiliki kekayaan hasil dari peninggalan generasi yang lepas. Namun apa yang saya ingin tekankan adalah, bagaimana kita bermula mengumpul kekayaan dari 0. Saya akan berkongsi cara2 yang ada (setakat yang saya tahu, pada pembaca mungkin boleh tambah komen)...dan saya juga akan berkongsi apa yang saya buat..


Pada saya kekayaan ini tidak datang dengan mudah dan sekelip mata. Perlu ada perancangan, usaha dan peluang untuk kita memulakan pencarian kekayaan ini.

Banyak teknik yang digunakan, dan ramai yang memilih untuk BUAT BUSINESS...

Teknik ini biasa orang katakan. Tapi persoalannya, bagaimana?..nak buat business apa?...macam mana nak mula?..macam mana nak jalankan? dan sebagainya....

Ada banyak business kita boleh buat sama ada business kecil2an atau franchise. (Saya takkan sentuh orang buat business yang besar2, sebab saya tak expert bahagian tu)...saya hanya focus kepada business kecil2an, tapi sekurang2nya kita boleh mula untuk mencipta (create) kekayaan.Ada orang buat business trading, services, sama ada dengan bukak kedai atau online, apa2 cara pun ok sebenarnya...ada jugak yang buat business networking (MLM) dan sebagainya....pun ok...tapi rata2 bila kita lihat, terutama bumiputera, baru je setup business....terus nak buat commitment yang pada saya tak de benda tu pun boleh kembangkan business....Terpulang kepada masing2...cuma apa yang saya lihat ...rata2 bab CASH FLOW tidak dijaga. Duit masuk nampak banyak, tapi tak nampak kat mana.....jadi, untuk mulakan membina kekayaan nie, cash flow kena jaga. Kalau rasa benda tu kita tak perlu beli dulu, kita hold dulu....lebih baik kita simpan atau salurkan ke tempat yang boleh mendatangkan pulangan lebih tinggi.


Saya bukanlah sehebat orang2 yang dah berjaya yang dah jadi jutawan, tapi Insyallah, saya akan ke arah itu, sebab apa yang saya baca, saya belajar, saya dapat info dari internet, saya amalkan...Alhamdulillah, nampak dah hasilnya...

Kalau ikutkan pengalaman saya yang asalnya dulu bekerja makan gaji, kita nak start menyimpan duit nie, cukup susah..sebab?..kita dah tersangkut dengan hutang....pinjaman ansuran, pinjaman peribadi dan sebagainya....Jadi, sebelum apa2 sekali pun, kita perlu susun hutang2 kita. Buang tabiat suka berlebih2 atau menunjuk2....pakai atau beli yang perlu sahaja....itu kita kena latih diri kita dulu....
Selepas dah susun hutang, kita kena usaha dengan cara yang ada (cari info kat forum2 kewangan....ada banyak cara nak settlekan hutang dengan lebih cepat, terutama credit card)....utk langsaikan hutang2 tersebut, pada masa yang sama mulakan tabiat menyimpan. Kalau kita tak mulakan, sampai bila pun kita takkan bermula. Just nak share pengalaman saya dulu, masa duit saya dalam ASB cuma ada RM 1,000, memula saya simpan, saya rasa anytime je nak keluarkan...sebab tak nampak banyak...kemudian, rezeki saya dapat duit lebih sikit...bonus RM 5K...saya terus simpan semuanya...saya tak beli apa2 pun dengan bonus tu...jadi balance RM 6,000 (terus rasa sayang nak keluarkan kalau bukan sebab emergency)...dan dari situ saya terus menyimpan RM 500 sebulan, jadi setiap 2 bulan, angka ribu akan berubah....dari 6,500 jadi 7,000 jadi 7,500 jadi 8,000 dan seterusnya...begitulah seterusnya...dan cukup setahun dapat pulak dividen dari ASB...tak banyak sangat pun, tapi cukup untuk memberi motivasi kepada saya untuk simpan lebih banyak...
itu cerita masa makan gaji, bujang lagi, so, pakai kereta 2nd hand, pergi kerja naik motor, kereta pun pakai utk balik kampung, balik kampung pun nak jimat punya pasal, ikut jalan luar, tak ikut highway...hehehehe, nak simpan duit punya pasal...fixed RM 500 sebulan...dalam ASB..
Lepas tu, buat business...kita boleh control income kita, naik setiap bulan dan setiap tahun, kemudian, dapat bonus....dari situ saya terus simpan dan mula beli rumah apartment. Saya beli sebelum kahwin, sebab saya tak nak menyewa bila dah kahwin nanti...walau pun masa tu tak tau lagi bila nak kahwin dan nak kahwin dengan siapa....tapi, nasihat kengkawan yang lebih senior, beli jee....then beli...Alhamdulillah...lepas kahwin, duduk rumah apartment tu selama 3 tahun, mampu beli umah teres pulak. Beli rumah teres, rumah apartment sewakan......dan ini dah masuk topik WEALTH ACCUMULATION dah nie...

2- Wealth Accumulation Setelah kita ada sedikit pelaburan, sebagai jump start, kita jangan le cepat sangat rasa berpuas hati. Sebab ada satu lagi step yang kita perlu fikirkan, iaitu bagaimana untuk buatkan pelaburan kita tu bekerja untuk menambahkan pelaburan yang sedia ada sekuat mana kita bekerja atau lebih kuat lagi. So, di peringkat nie, kena ada banyak ilmu pasal financing, ASB, Over Draft dan sebagainya....sebab kalau ada ilmu nie, process pengumpulan kekayaan kita menjadi lebih mudah.

Saya kongsikan kat sini, apa yang saya buat...
Bermula dengan sebuah apartment, tambah satu rumah teres, apartment tu disewakan...walau pun tak mahal, kira cover le bulanan punya installment....ada lebihan pendapatan kat situ, simpan lagi dalam ASB...dapat lagi dividen dan bonus...kemudian, ada bank offer untuk refinance rumah apartment tersebut. Saya memula rasa tak perlu, nak buat apa refinance....tapi cari maklumat kat internet...rupanya, refinance boleh dapat extra cash utk kita tambahkan dan kumpul pelaburan kita...kira punya kira saya buat dan dapat cash dalam RM 40K...beli 70K, refinance RM 110K....monthly tambah sikit je, tapi since rumah tu ada penyewa, kira loan tersebut dah cover dengan duit sewa.
RM 40K...tambah dengan duit saving...ada dekat RM 80K...baca lagi forum2 kat internet...dapat pulak ilmu pasal Over Draft a.k.a OD, dan dari situ saya terus manipulate OD dengan loan ASB, dengan rumah lelong atau rumah2 kos sederhana yang ada potensi tinggi untuk disewakan....dengan projek lembu kat kampung....sekarang nie, semua tu sedang berjalan dan process pengumpulan harta (wealth accumulation)..sedang berjalan...Mungkin ada yang lebih hebat daripada saya, bagus lah kalau macam tu, tapi tujuan saya berkongsi cerita ini adalah untuk orang yang tak tau macam mana nak mulakan semua benda nie...supaya mereka lebih cepat tahu dan lebih cepat buat...
Untuk projek OD-ASB ( saya dah pernah dapat dividen beberapa kali, so far on track dengan planning yang saya buat)...now tengah kumpul pulak kat ASW....Alhamdulillah, saya dapat mendidik wife saya untuk sama2 accumulate wealth nie..walau pun pada mulanya beliau kurang setuju sebab dia tak study habih lagi...saya dah bermalam2 asyik mengadap forum kat internet mengkaji secara mendalam, sampai join TT tengah malam..untuk dapatkan ilmu ini...
Alhamdulillah, sekarang nie dah nampak hasilnya....
Hasil dari pengumpulan asset yang saya sebutkan tadi, saya dapat tambah satu lagi apartment, baru je dapat kunci, tak pasang grill lagi, dah ada tenant...sebab tempat agak hot, walau pun infra tak compelete lagi, tapi pada masa akan datang, Insyallah tempat tu akan jadi hot...boleh jadi sumber pendapatan pasif setiap bulan...:D.
Now saya tengah explore pelaburan dalam emas pulak, sebab saya ada beberapa sahabat yang dah berjaya buat benda nie...jadi, bermula dengan sedikit ilmu, kita dapat kumpul duit, settlekan credit card, ada surplus simpan, dan kumpul...akhirnya macam2 kita boleh buat....

3- Wealth Protection
Yang nie, pulak, memang berkaitan terus dengan apa yang saya buat sekarang nie...i.e Insurance/Takaful...Kekayaan yang kita bina, kita perlu lindungi..bukan lindungi daripada dirampas oleh orang lain, tapi lindungi daripada dirampas oleh kita sendiri...
Saya bagi analogi macam nie, kita simpan duit, kumpul asset, tapi, kita tak de insurance (sama ada life insurance atau medical card)...tapi saya lebih pentingkan medical card...sebabnya....kalau Allah nak uji kita dengan sakit yang memerlukan kos rawatan yang tinggi?....kalau kita tak sediakan emergency fund, semua asset yang kita kumpul kita kena cairkan...dan bila dah start cair, kita nak kumpul, bukan boleh dapat dalam jangka masa yang singkat...kalau kita dah kumpul semua aset tu dalam masa 10 tahun, tetiba perlukan duit utk biaya kos rawatan, dalam masa seminggu habih semua duit tu bayar kat Doktor....so, 10 tahun punya usaha, habih dalam masa semingu...
Ini contoh ringkas. Sebab tu saya dah prepare emergency fund saya (medical card)..bukan sahaja untuk saya, malah untuk anak isteri sekali. Sebab kalau kita ada sekali pun, kalau isteri dan anak takder perlindungan, kalau kena kat diorang, kita jugak kena keluarkan duit....jadi, jangan sampai kita sendiri yang terpaksa keluarkan duit untuk tu. Jadilah bijak dengan amik perlindungan kewangan secukupnya...
4- Wealth Distribution
Akhir sekali, pengagihan kekayaan....atau yang paling mudah adalah wasiat...benda nie amat penting...sebab kita develop business atau kekayaan untuk kita wariskan kepada generasi kita akan datang....jadi, kalau kita tak channelkan dengan cara yang betul, sesilap semua asset yang ada terpaksa dibekukan sehinggalah process pembahagian harta tersebut selesai....
Begitulah serba sedikit perkongsian saya dan apa yang saya buat...Alhamdulillah, saya dalam business insurance dan takaful, dapat mengumpul semua ini...tapi ini bukanlah segala2nya....kita kumpul didunia untuk bekalan di Akhirat...itu adalah matlamat utama...
Sekian. Selamat mencuba...
Kepada sesiapa yang ingin mulakan proses pencarian kekayaan dan pengumpulan kekakayan dengan menceburkan diri dalam bidang insurance atau takaful bersama PruBSN Takaful dibawah bimbingan saya, jangan malu dan jangan segan, hubungi saya..017-5654668 (Cikgu Hafiz) atau email saya : alhafizprupartner@gmail.com

DAPAT QUOTATION ANDA SEKARANG!! PERCUMA 100%

Name:
Email Address:
Tarikh Lahir
Lokasi
Pekerjaan
Status Merokok Merokok
Tidak Merokok
No telefon

Terima Kasih kerana melayari halaman ini.

Translate

Popular Posts

Renung - renungkan

Usah berlengah dengan pelbagai alasan. Jika kehendak dan kemahuan lain mampu kita penuhi kenapa keperluan asas takaful menjadi alasan untuk anda memilikinya. Hubungi saya cikgu Hafiz 0175654668 untuk menjadi peserta takaful

Prubsn Gadai Janji & Takaful Rumahku

Kebaikan Simpanan Di Takaful PruBSN

Anda berhak untuk ambil tahu